Iklan

Sunday, 25 December 2011

Cara Salam Perkenalan | Introduction Tips.

Assalamualaikum.

Sesuai dengan entri pertama blog yang berkongsi tentang cara-cara, tips dan tutorial ni, admin kongsikan cara-cara yang sesuai untuk memulakan salam perkenalan. Cara yang sesuai digunakan oleh semua peringkat manusia.

Sekiranya anda perasan dipermulaan entri ini tadi admin telah memberikan ucapan "Assalamualaikum" iaitu ucapan yang digalakkan untuk Muslim yang membawa maksud "Salam Sejahtera Ke Atas Kamu".

Langkah seterusnya adalah memperkenalkan diri dengan memberikan maklumat asas secara ringkas seperti nama dan tujuan anda adalah memadai kerana kebocoran maklumat secara berlebihan di Internet boleh mengundang bahaya kepada setiap individu sekiranya tidak berhati-hati.

Saya perkenalkan diri saya; Saya boleh dikenali sebagai Fauzi dan saya juga adalah penulis blog Pesta Irama Jiwa (http://pestairamajiwa.blogspot.com) dan blog yang membincangkan perkongsian maklumat tentang pelaburan emas & perak (www.myemasgold.com). Tujuan saya membina blog Cara-cara, Tips & Tutorial ini adalah sebagai ruang untuk saya menyimpan dan berkongsi pengetahuan yang saya perolehi melalui pengalaman, pembacaan & juga perkongsian yang saya perolehi daripada sumber-sumber lain. Ini adalah saya berpegang kepada prinsip "Ilmu adalah untuk dikongsi".

Itulah perkongsian pertama Admin untuk entri pertama ini iaitu Cara Salam Perkenalan boleh atau sesuai dilakukan di alam siber.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment