Iklan

Saturday 31 December 2011

Tutorial:Cara Disable Voice Notification Samsung Galaxy S2.


Sempena kehadiran tahun 2012, Admin mengucapkan Salam tahun baru 2012 kepada pembaca blog caratipstutorial.blogspot.com. Untuk entri kali ni, admin akan berkongsi cara untuk disable voice notification Samsung Galaxy S2. Tapi sebelum admin akan terangkan dulu apa fungsi voice notification Samsung Galaxy S2.


Voice Notification Samsung Galaxy S2 berfungsi sebagai pemberitahuan bersuara kepada pemilik Samsung Galaxy S2 setiap kali ada panggilan dan sms masuk. Fungsi ini amat berguna terutama sekali semasa pemilik Samsung Galaxy S2 sedang memandu dan ianya berada dalam Driving Mode. Tetapi ada ketika fungsi tersebut diaktifkan secara tidak sengaja tanpa disedari. Mungkin ianya diaktifkan oleh anak-anak anda semasa Samsung Galaxy S2 anda berada di tangan anak anda. Itulah yang berlaku kepada admin dan admin terkial-kial untuk disable fungsi tersebut. Namun berjaya setelah hampir sejam explore Samsung Galaxy S2 ni...hehehe..


Ok..kepada anda yang menghadapi masalah yang sama, admin kongsikan cara-cara untuk disable fungsi voice notification Samsung Galaxy S2.


1) Pilih Applications.
2) Kemudian pilih Settings.
3) Scroll ke bawah dan pilih Voice Input and Output.
4) Di bahagian Voice Output, pilih Voice-to-Speech Setting.
5) Ketika ini kotak Driving Mode ditanda/dipilih. De-select atau un-tick ruang kotak Driving Mode.



Kini fungsi Voice Notification telah dinyah aktifkan atau disable daripada Samsung Galaxy S2 anda. Selamat mencuba.......


Tags: Samsung Galaxy S2, Disable Voice Notification, Cara Disable Voice Notification, Tutorial.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 25 December 2011

Cara Salam Perkenalan | Introduction Tips.

Assalamualaikum.

Sesuai dengan entri pertama blog yang berkongsi tentang cara-cara, tips dan tutorial ni, admin kongsikan cara-cara yang sesuai untuk memulakan salam perkenalan. Cara yang sesuai digunakan oleh semua peringkat manusia.

Sekiranya anda perasan dipermulaan entri ini tadi admin telah memberikan ucapan "Assalamualaikum" iaitu ucapan yang digalakkan untuk Muslim yang membawa maksud "Salam Sejahtera Ke Atas Kamu".

Langkah seterusnya adalah memperkenalkan diri dengan memberikan maklumat asas secara ringkas seperti nama dan tujuan anda adalah memadai kerana kebocoran maklumat secara berlebihan di Internet boleh mengundang bahaya kepada setiap individu sekiranya tidak berhati-hati.

Saya perkenalkan diri saya; Saya boleh dikenali sebagai Fauzi dan saya juga adalah penulis blog Pesta Irama Jiwa (http://pestairamajiwa.blogspot.com) dan blog yang membincangkan perkongsian maklumat tentang pelaburan emas & perak (www.myemasgold.com). Tujuan saya membina blog Cara-cara, Tips & Tutorial ini adalah sebagai ruang untuk saya menyimpan dan berkongsi pengetahuan yang saya perolehi melalui pengalaman, pembacaan & juga perkongsian yang saya perolehi daripada sumber-sumber lain. Ini adalah saya berpegang kepada prinsip "Ilmu adalah untuk dikongsi".

Itulah perkongsian pertama Admin untuk entri pertama ini iaitu Cara Salam Perkenalan boleh atau sesuai dilakukan di alam siber.
Published with Blogger-droid v1.7.4